Derma kepada pekerja wang pelanggan ditampal di restoran

Sukarelawan mengutip semula wang ditampal pada dinding. - Foto Jennifer Knox
Sukarelawan mengutip semula wang ditampal pada dinding. - Foto Jennifer Knox
A
A
A

SAVANNAH - Pemilik restoran berjaya mengumpul AS$3,714 (RM16,113) hasil wang peninggalan pelanggannya dari seluruh dunia untuk diagihkan kepada pekerja.

Jennifer Knox berkata, bulan Mac ialah musim yang sibuk, namun kerana wabak koronavirus (Covid-19) jumlah pelanggan berkurangan, lapor CNN.

Demi membantu pekerjanya yang kini menganggur, dia mengambil keputusan mengutip semula wang yang ditampal di dinding restorannya.

Wang itu adalah pemberian daripada pelanggan sebagai tanda mereka telah sampai ke restoran tersebut.

"Saya termenung lihat kedai ini, apa yang boleh buat untuk bantu pekerja saya sebelum mendapat idea menanggalkan duit yang menjadi perhiasan kedai ini.

"Duit ini ditampal di dinding selama lebih satu dekad," katanya.

Menurutnya, dia tidak boleh sekadar berpeluk tubuh sebaliknya mengutamakan kebajikan pekerja selagi mampu.

"Selama tiga hari, lima sukarelawan bantu mengutip wang yang ditampal menggunakan 'stapler' pada dinding.

Artikel Berkaitan:

"Usaha ini juga mendapat perhatian apabila ada individu menderma dan kutipan mencecah AS$4,104 (RM17,815)," katanya.

Restoran berkenaan terletak di Tybee Island, salah satu destinasi percutian paling popular di Georgia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!