Ditahan bersama 60 botol ketum

Polis merampas 60 botol disyaki air ketum.
Polis merampas 60 botol disyaki air ketum.
A
A
A

HULU SELANGOR – Seorang lelaki ditahan bersama 60 botol disyaki air ketum di belakang sebuah bangunan di Genting Highlands semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarrudin berkata, lelaki berusia 20 tahun yang menaiki kereta Proton Saga itu ditahan pada jam 5.05 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan kita menjumpai lima kotak yang mengandungi 60 botol disyaki air ketum.

"Ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif, suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Arsad berkata, suspek ditangkap mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020 kerana Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!