MB Terengganu sumbang RM10,000 kepada wartawan sambilan

Sumbangan kepada wartawan sambilan Terengganu diserahkan Adram (kiri) (bagi mewakili Ahmad Samsuri) kepada Khairul Azlam di Wisma Darul Iman.
Sumbangan kepada wartawan sambilan Terengganu diserahkan Adram (kiri) (bagi mewakili Ahmad Samsuri) kepada Khairul Azlam di Wisma Darul Iman.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada wartawan sambilan yang bernaung di bawah Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat).

Sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Besar, Adram Musa kepada Presiden Kawat, Khairul Azlam Mohamad di Tingkat 17 Wisma Darul Iman, di sini.

Menurut Khairul Azlam, selain anggota keselamatan dan petugas kesihatan, warga media seperti wartawan dan jurugambar sambilan juga menerima impak dan berisiko bekerja ketika penularan wabak koronavirus (Covid-19) buat masa ini.

"Wartawan dan petugas media juga kemungkinan terdedah dengan wabak Covid-19 yang telah membunuh ribuan nyawa.

"Jadi, Kawat merakamkan setinggi penghargaan kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atas sumbangan bantuan kecemasan Covid-19 kepada wartawan sambilan yang tidak mempunyai gaji tetap," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!