KPM perbetul segera infografik buku teks Tahun 3

Paparan kenyataan Nie Ching di Facebooknya.
Paparan kenyataan Nie Ching di Facebooknya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan segera membetulkan satu infografik pada halaman 67 dalam buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 3 sekolah rendah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Menurut satu kenyataan, infografik tersebut boleh ditafsirkan sebagai menyalahkan mangsa gangguan seksual berhubung "penjagaan kehormatan anggota seksual".

"Buku ini dibekalkan oleh KPM ke semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk digunakan mulai tahun 2019.

"KPM yang menerima maklum balas mengenai infografik tersebut semalam telah mengambil tindakan segera untuk membetulkannya," katanya di sini semalam.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dalam satu hantaran di laman Facebooknya berkata kementerian berjanji untuk memperbetulkan kandungan buku teks tersebut kerana didapati telah memberikan gambaran menyalahkan gadis sebagai mangsa jenayah seksual.

Menerusi muka surat dalam buku teks itu menunjukkan ibu bapa kepada watak rekaan, Amira, menasihatkan anak perempuan mereka cara menjaga kehormatan anggota seksual dan menyelamatkan maruahnya menerusi tiga cara.

Sehubungan itu, KPM memutuskan untuk menambahbaik kandungan buku tersebut dengan menyediakan ralat dalam bentuk QR Code, yang akan dimuatnaik pada 17 Januari 2019 untuk makluman

guru, murid dan ibu bapa.

Artikel Berkaitan:

"Ralat dalam bentuk pelekat juga akan dicetak dan diedarkan ke semua sekolah berkenaan termasuk ke SJKT mulai 29 Januari 2019," katanya.

Selain itu, surat makluman berkaitan hal tersebut akan dikeluarkan dan dipanjangkan kesemua sekolah untuk memaklumkan tentang langkah penambahbaikan tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kementerian Pendidikan janji betulkan kandungan buku teks]

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!