[VIDEO] Laporan solat Jumaat diteruskan bertarikh 8 April palsu!
SHAH ALAM - Sinar Harian menafikan penularan tangkap layar artikel berhubung solat Jumaat tetap diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertarikh 8 April.
Gambar tangkap layar laporan tersebut sebenarnya ialah tarikh yang terdapat pada laman web rasmi Sinar Harian.
Bagaimanapun, gambar itu disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp seolah-olah ia adalah laporan berita yang baru diterbitkan.
Sebenarnya laporan tersebut adalah berita yang disiarkan pada 12 Mac lalu sebelum kerajaan mengeluarkan arahan PKP.
ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Solat Jumaat tetap diteruskan
Sehubungan itu, Sinar Harian berharap orang ramai tidak terkeliru dengan laporan sebenar dan gambar tangkap layar yang sengaja disebarkan itu.
Pernyebaran berita palsu ini adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
Sementara itu, Sinar Harian meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengheret penyebar berita palsu ini ke muka pengadilan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!