ICERD tiada keperluan, langkah tepat kerajaan tak meratifika

ICERD
ICERD
A
A
A
ALOR SETAR - Keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) merupakan langkah tepat kerana negara ini tidak pernah menindas mana-mana golongan minoriti.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata sehubungan itu tidak menjadi satu keperluan bagi kerajaan pimpinan PH untuk berbuat demikian.

"Dengan kenyataan media ini (siaran akhbar dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri), menunjukkan jelas kerajaan Pakatan Harapan menolak ICERD ini...tidak ada keperluan pun untuk kerajaan meratifikasikan ICERD ini. Sebab dalam konteks negara ini tak berlaku kezaliman kepada golongan minoriti pun," katanya kepada Bernama.

Dr Ismail yang juga Pengerusi Amanah Kedah berkata oleh itu beliau mengharapkan orang ramai dapat menilai sebaik mungkin politik kerajaan PH yang matang apabila tidak menggunakan sentimen perkauman bagi meraih populariti dan sokongan.

"Kerajaan PH sememangnya berbincang hal ini, walaupun pada mulanya timbul kontroversi sedangkan dah banyak kali kita kata kita tolak ICERD ini, tetapi pihak pembangkang masih main isu ini, akhirnya (semalam), kerajaan buat keputusan," katanya.- Bernama
Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!