Tak mustahil Pahang cadang PKPD jika kes Covid-19 makin serius

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN- Kerajaan Pahang tidak menolak kemungkinan untuk mencadangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), jika penularan wabak koronavirus (Covid-19) semakin serius di negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini daerah Kuantan dan Jerantut telah diisytiharkan sebagai zon merah membabitkan kes positif Covid-19.

Menurutnya, bagaimanapun Kerajaan Pahang hanya boleh memberi cadangan, namun keputusannya akan dimuktamadkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

"Sehingga saat ini kita akan fikir tengok macam mana. Kalau keadaan menjadi lebih serius, tidak mustahil kerajaan negeri akan cadangkan untuk melaksanakan PKPD," katanya ketika ditemui di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyenaraian daerah terbaru di Pahang itu selepas merekodkan 43 kes positif Covid-19.

Setakat ini Jerantut masih tersenarai sebagai daerah tertinggi kes positif Covid-19 di Pahang dengan mencatatkan 61 kes.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!