Bukan rempuhan tapi latihan kebakaran!
PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia menafikan satu rakaman video klip yang mendakwa berlaku rempuhan oleh sekumpulan warga Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada 9 April lalu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud sebaliknya menjelaskan, video tersebut sebenarnya adalah suasana latihan kebakaran yang diadakan di BSI pada 18 Disember tahun lalu.
"Imigresen mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan berniat untuk menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.
"Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak Imigresen Johor," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Ia berhubung penularan satu rakaman video berdurasi 1 minit 4 saat di aplikasi WhatsApps yang menunjukkan sekumpulan lelaki cuba memasuki kawasan bangunan tersebut yang dikatakan konon berkaitan insiden rempuhan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!