Mayat lelaki terjun sungai ditemui
BESUT- Mayat seorang lelaki yang terjun ke Sungai Besut dekat Kampung Dengir di sini petang kelmarin ditemui lemas kira-kira 150 meter jam 8.40 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berjaya, mayat lelaki berusia 46 tahun beralamat di Kampung Teluk, Jertih di sini itu ditemui terapung di permukaan air oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat yang melakukan operasi pencarian.
Menurutnya, mayat ditemui dengan berpakaian lengkap namun golok yang didakwa dipegang mangsa sebelum kejadian tidak ditemui.
"Mayat mangsa kemudian di bawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat," katanya.
Mohd Zamri berkata lagi, operasi mencari dan menyelamat melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan dibantu orang awam yang bermula semalam ditamat sejurus mayat ditemui.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!