48 katil ICU tajaan Yayasan Petronas tiba dari China

48 katil kegunaan unit rawatan rapi (ICU) tajaan Yayasan Petronas dari Beijing selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi tadi.
48 katil kegunaan unit rawatan rapi (ICU) tajaan Yayasan Petronas dari Beijing selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 48 buah katil kegunaan unit rawatan rapi (ICU) tajaan Yayasan Petronas dari Beijing selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam hantaran Facebooknya berkata, katil tersebut akan terus dihantar ke hospital untuk merawat pesakit Covid-19 yang serius.

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada AirAsia yang telah menyediakan pesawat berkapasiti muatan tinggi," katanya.

Menurutnya, negara ini turut memberi penghargaan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan China (CAAC) kerana membantu mempermudahkan misi penghantaran katil tersebut.

"Kementerian akan terus berusaha mendapatkan kebenaran dari CAAC untuk membawa balik baki 28 buah katil ICU dari Beijing ke Kuala Lumpur, lusa.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan 100 buah katil ICU dari Pukang Medical Equipments China dapat dibawa masuk ke Malaysia dalam tiga fasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!