PKP: Tiga jalan di Selayang ditutup

Jalan Besar Selayang Baru menghala Pasar Borong Selayang turut ditutup.
Jalan Besar Selayang Baru menghala Pasar Borong Selayang turut ditutup.
A
A
A

GOMBAK - Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak menutup tiga jalan sekitar Selayang sebagai langkah mengawal keselamatan dan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, jalan terlibat adalah laluan masuk ke Apartmen Makmur (Jalan Selayang Baru), jalan besar Kampung Selayang Indah-Pasar Borong Selayang dan jalan besar Selayang Baru- Pasar Borong Selayang.

Penutupan jalan masuk ke Apartmen Makmur dari jalan Selayang Baru.
Penutupan jalan masuk ke Apartmen Makmur dari jalan Selayang Baru.

"Pengguna boleh menggunakan laluan alternatif melalui jalan Sungai Tua ke Selayang Baru untuk sampai ke Selayang Makmur.

"Bagi penutupan Jalan Besar Kampung Selayang Indah, pengguna dinasihat masuk ke Jalan 3 Kampung Selayang Indah untuk akses ke jalan Selayang Baru," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya mematuhi arahan PKP dengan sentiasa duduk di rumah sebagai membantu membendung penularan Covid-19.

Sebelum ini, sebanyak sembilan jalan ditutup secara berperingkat bagi daerah Gombak sepanjang PKP sebagai langkah proaktif memantau pergerakan kenderaan.

Info:

Artikel Berkaitan:

1) Jalan Selayang Baru laluan masuk ke Apartmen Makmur

Alternatif: Dari Rawang ke Kuala Lumpur melalui Jalan Ipoh-Jalan Batu Caves-Jalan Sungai Tua-Selayang Baru-Selayang Makmur.

2) Jalan besar Kampung Selayang Indah menghala Pasar Borong Selayang

Alternatif: Dari Jalan Besar Kampung Selayang Indah-Jalan 3 Selayang Indah- Jalan Selayang Baru.

3) Jalan besar Selayang Baru menghala Pasar Borong Selayang.

Alternatif: Dari Selayang Baru-Kampung Selayang Indah-Jalan 3 Selayang Indah-Jalan Selayang Baru.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!