[VIDEO] Permaisuri Agong kurnia sumbangan katil lipat buat 'frontliners'

Paparan Instagram Permaisuri Agong tarik perhatian rakyat.
Paparan Instagram Permaisuri Agong tarik perhatian rakyat.
A
A
A

KUANTAN - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan katil lipat kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Medical Centre).

Baginda berkongsi perkara itu di Instagram airtangan_tunkuazizah hingga menarik perhatian rakyat.

Dengan kapsyen, "Ini sahaja yang saya dan anak-anak mampu. Katil lipat untuk doktor dan jururawat serta petugas-petugas hospital untuk keselesaan mereka."

Seperti sedia maklum, baginda juga berkenan menyediakan makanan untuk petugas barisan hadapan semasa wabak koronavirus (Covid-19).

Posting berkenaan mendapat lebih 15,000 tanda suka dan ratusan komen netizen yang rata-rata terharu dengan keprihatinan baginda serta keluarga.

@longudz, "Alhamdulillah, menjunjung kasih tuanku. Syukran."

Kata @tehlaici, "Pasti ia sangat memberi makna kepada penerima."

Menurut @aleryy pula, bantuan berkenaan sangat diperlukan dan pastinya ia akan memberi keselesaan buat petugas barisan hadapan.

Artikel Berkaitan:

ini saje yg saya dan anak2 mampu ...... katil lipat utk doctor dan jururawat n petugas2 hosp ... utk keselesaan mereka

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on Apr 9, 2020 at 5:59am PDT

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!