Harga RON95, RON97 turun lima sen, diesel turun 12 sen
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun lima sen seliter, masing-masing kepada RM1.25 dan RM1.55 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 17 April.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan, harga runcit diesel turun sebanyak 12 sen seliter kepada RM1.46.
“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah dipengaruhi oleh faktor harga minyak mentah dunia yang masih berada di paras yang rendah ekoran pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global serta kejatuhan permintaan bekalan minyak dunia,” katanya.
Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!