Ingkar kuarantin, Korea Selatan guna gelang elektrik

Gelang elektrik yang akan dipasang kepada rakyat yang menjalani kuarantin bagi mengelakkan mereka ingkar dengan arahan duduk di rumah. - Foto Sumber Internet
Gelang elektrik yang akan dipasang kepada rakyat yang menjalani kuarantin bagi mengelakkan mereka ingkar dengan arahan duduk di rumah. - Foto Sumber Internet
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan hari ini mengumumkan akan menggunakan gelang elektrik kepada mereka yang melanggar peraturan kuarantin sendiri,dalam usaha untuk menghentikan penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Yonhap.

Perdana Menteri, Chung Sye-kyun berkata, langkah itu diambil berikutan kes melanggar arahan kuarantin semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini yang mencetuskan kebimbangan.

"Selepas mempertimbangkan dengan mendalam, kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan penggunaan gelang elektrik kepada mereka yang melanggar peraturan kuarantin sendiri seperti keluar tanpa kebenaran dan tidak menjawab panggilan telefon," katanya.

Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun. - Foto AFP
Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun. - Foto AFP

Dalam tinjauan baru-baru ini membabitkan 1,000 responden, 80.2 peratus daripadanya menyokong cadangan itu.

Bagaimanapun, ada berpendapat langkah itu boleh melanggar hak asasi manusia.

Kerajaan ketika ini menggunakan aplikasi telefon bimbit bagi memantau pematuhan kuarantin tetapi banyak kes dilaporkan, penduduk meninggalkan telefon mereka di rumah atau mematikan fungsi sistem pengesanan lokasi GPS masing-masing.

Setakat Khamis, lebih 54,000 orang berada di bawah kuarantin sendiri dan lebih 160 orang ditahan kerana melanggar peraturan kuarantin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!