Dua gempa bumi luar persisir gegar Filipina

No Image Caption
A
A
A

MANILA - Dua gempa bumi luar pesisir bermagnitud 6.0 dan 5.5 pada skala Richter masing-masing menggegar Filipina hari ini, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), lapor agensi berita Xinhua.

Gempa berukuran magnitud 6.0 menggegar wilayah Batanes di utara Filipina pada jam 12.44 pagi kira-kira 37 kilometer timur laut bandar Basco pada kedalaman 167 kilometer.

Batanes kepulauan yang terletak paling utara di negara ini.

Gempa kedua, berkekuatan 5.5 pada skala Richter direkodkan pada jam 2.45 pagi kira-kira 141 kilometer di tenggara bandar Jose Abad Santos di wilayah Davao Occidental, selatan Filipina dengan kedalaman 52 kilometer.

Menurut Phivolcs, kedua-dua gegaran tidak menyebabkan kerosakan ketara, bagaimanapun ia boleh mencetuskan gempa susulan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!