Mayat warga Myanmar tidak ditemui

Pasukan PPDA Teluk Intan terlibat dalam mencari mayat mangsa bunuh di Sungai Sumun, Bagan Datuk.
Pasukan PPDA Teluk Intan terlibat dalam mencari mayat mangsa bunuh di Sungai Sumun, Bagan Datuk.
A
A
A

BAGAN DATUK - Operasi mencari lelaki warga asing dipercayai mangsa bunuh di Bagan Parit 4, Sungai Sumun di sini ditamatkan pada jam 6.30 petang semalam.

Mangsa merupakan warga Myanmar yang dikenali sebagai Myint Soe, 47, dilaporkan telah ditetak dan ditolak ke sungai berkenaan selepas terlibat dalam satu pergaduhan sekitar jam 11.20 pagi, Isnin lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Zulkaflee Abdullah berkata, seramai 42 anggota bomba dan polis terlibat dalam operasi mencari di sepanjang lima kilometer muara tersebut.

Operasi selama empat hari melibatkan pasukan bomba dan polis ditamatkan selepas gagal menemui mayat mangsa bunuh di Sungai Sumun, Bagan Datuk.
Operasi selama empat hari melibatkan pasukan bomba dan polis ditamatkan selepas gagal menemui mayat mangsa bunuh di Sungai Sumun, Bagan Datuk.

"Operasi turut melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Intan dan Unit Anjing Pengesan (K9) terlibat dalam pencarian sepanjang muara yang memisahkan kawasan Sabak Bernam dan Hutan Melintang.

"Operasi menggunakan teknik pencarian permukaan dengan menggunakan bot selama tempoh empat hari itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari mayat hilang

Menurutnya, operasi itu ditamatkan selepas menerima arahan daripada polis.

Sinar Harian melaporkan polis mencari mayat mangsa setelah pemeriksaan di lokasi kejadian menemui tompokan darah, cebisan daging dan tulang milik mangsa.

Artikel Berkaitan:

Suspek yang juga rakan senegaranya berusia 40-an telah ditahan untuk menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!