Lebih 4,000 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Jerman
MOSCOW - Jerman melaporkan 4,133 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu meningkat kepada 117,658, umum Robert Koch Institute hari ini.
Seramai 171 orang meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini 2,544, lapor agensi berita Sputnik
Wabak Covid-19, tertumpu di negeri Bavaria, Rhine-Westphalia Utara dan Baden-Wurttemberg.
Lebih 22,000 kes dilaporkan di setiap negeri berkenaan.
Pada Khamis, Canselor Jerman Angela Merkel menggesa penduduk negara itu untuk terus mematuhi penjarakan sosial terutama pada sambutan Hari Easter.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!