DUN Bukit Melawati belanja RM92,475.95 sepanjang PKP

Juwairiya (kiri) bersama petugas menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima di DUN Bukit Melawati.
Juwairiya (kiri) bersama petugas menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima di DUN Bukit Melawati.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebanyak RM92,475.95 jumlah peruntukan dibelanjakan kepada penduduk dan petugas barisan hadapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, jumlah itu meliputi sumbangan barang dapur, hasil pertanian, makanan dan peralatan kesihatan.

Menurutnya, sehingga semalam, sebanyak 1,750 set set barangan asas dapur diagihkan kepada penduduk di DUN tersebut.

"Kita turut mengedarkan sebanyak 4,000 topeng muka dan sebanyak 1, 520 cecair pembasmi kuman.

"Selain itu, sebanyak 2,580 pek makanan tengah hari diagih kepada petugas barisan hadapan," katanya dalam satu kenyataan di WhatsApp media di sini hari ini.

Juwairiya berkata, pihaknya berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang peka dan prihatin dalam membantu penduduk di negeri ini yang terkesan sepanjang penguatkuasaan PKP.

"Kami juga berterima kasih kepada semula petugas, sukarelawan, kakitangan Pusat Khidmat ADUN Bukit Melawati, semua ketua kampung, ahli-ahli majlis, Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Kuala Selangor serta semua yang terlibat membantu serta menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!