Iglaho yakin Bruno mampu kembalikan kegemilangan United
PEMAIN pinjaman Mancherster United, Odion Ighalo percaya bintang Portugal Bruno Fernandes mampu mengembalikan semula kegemilangan skuad The Red Devils itu.
Katanya, sejak kehadiran Bruno bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pogba yang mengalami kecederaan skuad The Red Devils itu telah merekodkan 11 perlawanan tanpa kalah setakat ini.
Justeru menurutnya, ramai pihak turut mencadangkan kepada pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer itu untuk menggandingkan Pogba dan Bruno, kelak.
"Sejak ketiadaan Pogba, United membawa masuk bintang Portugal Bruno pada jendela perpindahan Januari lalu dan ia nyata tindakan yang berbaloi.
"Namun dia (Pogba) bekerja keras untuk mengembalikan kecergasannya. Bayangkan United dapat menggandingkan Pogba dan Bruno di bahagian tengah, anda akan dapat lihat pasukan yang berbeza."(Marcus) Rashford juga akan datang kembali.
"Saya yakin skuad The Red Devils itu mampu untuk menjadi pasukan yang hebat semula suatu hari nanti apabila ketiga-tiga trio ini kembali," katanya pada satu sesi temu bual dengan di laman twitter baru-baru ini.
"Untuk rekod, Bruno kini telah menjaringkan dua gol selain terlibat dalam membantu tiga jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.
Sementara itu, Iglaho berbangga kerana pernah beraksi dengan Bruno ketika beraksi dengan Udinese dalam saingan Serie A bagi muism 2013/2014 lalu.
"Sebagai pemain, Bruno dilihat memiliki visi tersendiri. Dia selalu mahu berada dengan bola, dia mahu menjaringkan gol dan dia sangat bijak.
"Sebelum bola tiba, dia berada selangkah di hadapan. Masanya sudah tiba untuk anda menyaksikan apa yang boleh dilakukannya di sini (EPL)," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!