MAIS bantu penduduk flat Taman Kosas

Pelbagai pihak turut serta menjayakan program #musaadahcovid19 dengan mengedarkan makanan kepada penduduk flat kos rendah Taman Kosas, Ampang hari ini.
Pelbagai pihak turut serta menjayakan program #musaadahcovid19 dengan mengedarkan makanan kepada penduduk flat kos rendah Taman Kosas, Ampang hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bekerjasama membantu menjayakan program #musaadahcovid19 dengan mengedarkan makanan kepada penduduk flat kos rendah Taman Kosas, Ampang, hari ini.

Ketua Audit Dalam MAIS, Zaharuddin Salim berkata, bantuan itu diharap dapat memastikan kebajikan penduduk terjejas akibat penularan Covid-19 itu tidak terabai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Walaupun mata pencarian mereka tergendala, tetapi ketabahan dan kesungguhan mereka dalam mematuhi PKP ini amat kita hargai.

"Kita meminta mereka untuk terus bersabar, mudah-mudahan isu Covid-19 akan dapat diselesaikan, Insya-ALLAH," katanya menerusi kenyataan medianya hari ini.

Menerusi program ini, bantuan makanan disumbangkan Syarikat QSR Brands yang terdiri daripada makanan KFC, Pizza Hut dan Ayamas.

Sumbangan disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin itu merupakan usaha MAIS yang saling bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan akibat penularan Covid-19.

Program ini anjuran Syarikat QSR Brands dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, JAWHAR, MAIS, Lembaga Zakat Selangor serta Pertubuhan Belia Girl2Leader Malaysia.

Artikel Berkaitan: