Anggota trafik cedera ditumbuk lelaki Indonesia

Anggota polis cedera pada dahi kerana ditumbuk seorang warga Indonesia.
Anggota polis cedera pada dahi kerana ditumbuk seorang warga Indonesia.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang lans koperal polis cedera di dahi dan tangan akibat ditumbuk oleh seorang lelaki warga Indonesia keitka operasi sekatan jalan raya di Jalan Presint 14 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, salah seorang anggota polis memanggil suspek yang sedang berjalan kaki melintas sekatan jalan raya itu pada jam 9.15 pagi.

"Suspek kemudian mendekati seorang lans koperal sebelum menumbuk dan bergelut dengan anggota trafik itu.

"Mangsa mengalami kecederaan bengkak di dahi kiri dan luka di tangan kanan," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Menurutnya, suspek berusia 45 tahun itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah dan tidak dapat memberikan alasan yang munasabah keluar dari rumahnya.

"Suspek memberi alasan hanya berjalan-jalan dan gagal beritahu tujuan dia pergi ke mana.

"Suspek ditahan disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen," katanya.

Katanya, suspek juga disiasat di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah di Dalam Kawalan Tempat Jangkitan) 2020.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!