Tiga beradik belanja polis makan piza

Dari kiri, Xin En, Jun Yuan dan Jun Wei menunjukkan kertas yang ditulis 'terima kasih polis' sebagai penghargaan kepada anggota keselamatan negara ini.
Dari kiri, Xin En, Jun Yuan dan Jun Wei menunjukkan kertas yang ditulis 'terima kasih polis' sebagai penghargaan kepada anggota keselamatan negara ini.
A
A
A

RAUB - Biarpun masih kecil namun kesukaran petugas hadapan negara terutama anggota keselamatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ternyata mendapat perhatian tiga beradik di sini.

Foo Xin En, 11; Foo Jun Wei, 9 dan Foo Jun Yuan, 6, sepakat mengeluarkan duit poket mereka untuk membeli 25 kotak piza sebelum diberikan kepada anggota polis di Balai Polis Cheroh di sini hari ini.

Ibu kepada tiga beradik itu yang hanya dikenali sebagai Madam Wong, 38, berkata, anaknya meluahkan hasrat itu selepas melihat kesukaran anggota polis yang bertugas di televisyen.

"Mereka kongsi duit dan beli 25 kotak piza untuk disumbangkan ke balai polis," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

25 kotak piza yang diberikan kepada anggota polis di Balai Polis Cheroh semalam.
25 kotak piza yang diberikan kepada anggota polis di Balai Polis Cheroh semalam.

Menurutnya, pada awalnya dia juga terkejut selepas anaknya memberitahu ingin belanja anggota polis.

"Tapi selepas difikirkan, saya menyokong usaha mereka dan gembira anak-anak juga memahami apa yang berlaku di negara ini biarpun masih kecil.

"Saya terharu dengan sikap anak-anak saya, malah mereka juga kerap bertanya adakah anggota polis sudah makan piza itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!