Suri rumah terkejut rumah disimbah cat merah

Pagar yang disimbah cat merah dipercayai perbuatan ah long.
Pagar yang disimbah cat merah dipercayai perbuatan ah long.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang suri rumah terkejut apabila kereta dan bahagian depan pagar rumahnya disimbah cat merah dipercayai perbuatan ah long pada 16 Mac lalu.

Kejadian disedari mangsa yang dikenali sebagai Low, 63, setelah menyedari ada orang di luar rumahnya.

"Semasa saya mahu masuk ke bilik, saya terdengar bunyi orang baling botol dari luar, saya terus berlari dan membuka pintu.

"Saya terkejut apabila melihat ada kesan cat merah di bahagian pagar dan juga kereta milik saya.

"Terdapat sepucuk surat yang ditampal di pintu pagar yang ditulis 'hutang wang dibayar wang, penipu' dan tertera nama anak lelaki saya minta menghubunginya segera," katanya.

Low menunjukkan laporan polis yang dibuat untuk tindakan lanjut.
Low menunjukkan laporan polis yang dibuat untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, anak lelakinya itu sudah tiga tahun tidak pulang ke rumah, malah dia sendiri tidak tahu keadaan anaknya.

"Anak perempuan saya cuba menghubungi nombor yang ditinggalkan oleh ah long itu untuk memberitahu anak lelaki saya tidak tinggal di rumah ini lagi.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi ah long memberitahu dia akan membakar rumah saya jika tidak membayar wangnya, dan akan buat pelbagai lagi untuk dapatkan semula wang," katanya.

Bimbang dengan keselamatan keluarga, Low kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!