India catat 31 lagi kematian, 827 kes baharu Covid-19
NEW DELHI - India mencatatkan 31 kematian baharu dan 827 kes Covid-19 pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua memetik kementerian kesihatan persekutuan.
Angka korban mencecah 273 orang dan jumlah kes disahkan sebanyak 8,356 dengan 7,367 kes aktif.
Pada Sabtu kes Covid-19 di negara ini berjumlah 7,529 dan kematian 242 orang.
Ahad masuk hari ke-19 'lockdown' di seluruh negara yang akan tamat pada 14 April.
Pada Sabtu, Perdana Menteri India Narendra Modi mengadakan sidang video dengan ketua menteri bagi membincangkan strategi menangani Covid-19.
Tiga negeri Maharashtra, Telangana dan Benggala Barat akan dilanjutkan perintah 'lockdown' sehingga 30 April.
Terdahulu, tempoh 'lockdown' di Odisha dan Punjab dilanjutkan, masing-masing sehingga 30 April dan 1 Mei. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!