KKM masih kaji keberkesanan terowong sanitasi

KKM melalui CRC sedang menjalankan penyelidikan untuk melihat keberkesanan penggunaan terowong sanitasi dalam membasmi wabak Covid-19. Gambar hiasan.
KKM melalui CRC sedang menjalankan penyelidikan untuk melihat keberkesanan penggunaan terowong sanitasi dalam membasmi wabak Covid-19. Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) sedang menjalankan penyelidikan untuk melihat keberkesanan penggunaan terowong sanitasi dalam membasmi wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini belum ada bukti secara saintifik atau klinikal yang mengesahkan keberkesanan alat itu.

"Bagaimanapun KKM di bawah Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dengan CRC telah dikenal pasti untuk melaksanakan penyelidikan bagi melihat keberkesanan kegunaan terowong tersebut.

"Jadi kajian sedang dilaksanakan, mungkin kita akan dapat data (bukti keberkesanan) tapi setakat ini kita tidak ada bukti yang kukuh untuk mengatakan ia berkesan," katanya pada sidang media di KKM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama terowong sanitasi yang dibangunkan pihak persendirian dan swasta berkesan untuk membasmi virus tersebut.

Katanya, KKM perlu memastikan keberkesanan alat tersebut disahkan melalui ujian secara saintifik dan klinikal terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!