Bacalah al-Quran walaupun gagap
Itu luahan seorang pemuda dikenali Hanif kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Twitter rasminya.
Dr Zulkifli yang tersentuh hati membaca luahan pemuda itu memberi kata-kata semangat.
"Bacalah walaupun tidak lancar. Kata Nabi Muhammad SAW, ada dua pahala bagi yang usaha baca walaupun gagap," ciapnya.
Luahan pemuda itu juga menarik perhatian netizen yang rata-rata memberi sokongan kepadanya agar tidak mudah berputus asa dalam mempelajari al-Quran.
Antara yang memberi sokongan dan membuat pengakuan ikhlas berhubung perkongsian itu ialah Muhamad Fitri.
"Saya umur 22 tahun baru nak lancar bro. Dulu mengaji Quran tak habis. Lepas itu tinggal lama, hingga tok wan meninggal. Saya nak baca Yassin pun gagap.
"Semenjak hari itu, saya ikhtiar tebal muka pergi belajar walaupun sekali dengan budak-budak. Sekarang ni saya tengah nak bagi mantap makhraj huruf dengan tjwid," katanya.
Sokongan juga diberikan daripada Mariana yang berharap semua Muslim terus mendalami, al-Quran.
"Alhamdulillah #ALLAH dah buka pintu hati untuk mendalami bacaan Quran teruskan Insya-ALLAH, ALLAH akan bantu teruskan usaha minta doa pada ALLAH #jiwa akan lebih tenang," ciapnya.
Shida Ahmad pula berkata, "Teruskan membaca. Lama-lama nanti, lidah jadi lembut. Sambil tu, daftar untuk belajar mengaji contoh, di Al-Baghdadi ke, atau mana-mana kelas mengaji yang dekat dengan tempat tinggal. Ramai orang dewasa, lelaki, perempuan belajar mengaji kat tempat macam tu. Tak perlu malu."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!