Lima pekerja McDonald’s Singapura dijangkiti Covid-19
SINGAPURA - McDonald’s Singapura hari ini mengumumkan lima pekerjanya didiagnosis dengan koronavirus (Covid-19).
Lima pekerja itu bekerja di empat cawangan berbeza iaitu dua bekerja di McDonald’s LIDO dan tiga lagi masing-masing bekerja di Forum Galleria, Parklane dan Geylang East Central.
“Kami memandang serius perkara ini dan mengawasinya dengan teliti dan kami memberikan sokongan dan bantuan kepada pekerja yang terjejas untuk membantu pemulihan mereka,” kata Pengarah Urusan McDonald’s Singapura Kenneth Chan dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, semua pekerja di empat cawangan restoran itu diasingkan dan diminta menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
McDonald’s Singapura berkata, pekerja yang terjejas itu menjalani rawatan di fasiliti perubatan.
Katanya, sejajar dengan garis panduan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, kesemua empat restoran itu dinyah jangkit dan ditutup sehingga notis selanjutnya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!