Mujur sempat selamatkan diri!
SERDANG – Penghuni sebuah rumah di Taman Serdang Raya di sini, hari ini, sempat menyelamatkan diri apabila kediaman mereka tiba-tiba terbakar.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 9.47 pagi.
Menurutnya, seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dan BBP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi
“Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 20 x 50 kaki persegi.
“Kebakaran berjaya dikawal pihak bomba pada jam 9.56 pagi. Rumah berkenaan musnah hampir 50 peratus akibat kebakaran yang berlaku namun penghuni sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!