Rogol warga Mongolia, masih dalam siasatan

Muhammad Yazid
Muhammad Yazid
A
A
A

SHAH ALAM- Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes rogol dua wanita warga Mongolia di sebuah hotel kelmarin melibatkan pegawai polis berpangkat Inspektor.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, perkara itu perlu siasatan lanjut sebelum tindakan susulan.

"Perlu siasatan teliti sebelum tindakan diambil," katanya pada sidang akhbar di IPK Selangor hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Inspektor dipercayai rogol wanita Mongolia diberkas

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 30 tahun itu dipercayai merogol wanita terbabit selepas menahan mereka dalam sekatan jalan raya di sekitar Petaling Jaya.

Melalui maklumat yang diterima, polis melancarkan operasi menyelamat dua wanita berusia 20 dan 37 tahun itu di hotel berkenaan.

Melalui siasatan lanjut yang dijalankan membawa kepada penahanan seorang pegawai polis yang bertugas di Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!