[VIDEO] Bila 'suparman' pergi beli barang dapur...

Perkongsian Shaharuddin di ruangan Facebooknya menarik perhatian netizen.
Perkongsian Shaharuddin di ruangan Facebooknya menarik perhatian netizen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakaman video menunjukkan aksi seorang lelaki 'terbang' membeli barangan keperluan harian dipesan isterinya berjaya menarik perhatian pengguna alam maya.

Video tersebut yang disunting dengan baik ternyata membuatkan netizen teruja dan menggelarkan lelaki tersebut sebagai 'Suparman'.

Rakaman berdurasi 34 saat melalui Facebook Shahruddin Saari itu memaparkan dirinya terbang ke kedai sebaik anaknya Shazreen Qistina meminta beliau membeli barang dapur.

“Abi, umi suruh beli beras, kicap, gula perang dengan kunyit. Nah ini senarainya,” kata anaknya di dalam video berkenaan.

Dia kemudian dilihat kembali 'mendarat' di tempat sama dengan barangan dibelinya beberapa saat kemudian.

Shaharuddin Saari, 45, yang juga jurugambar dan penyunting video berkata, video tersebut dirakam menggunakan telefon Samsung a50 dan kemudian disunting olehnya dengan menggunakan perisian Adobe Premier.

“Masa tu kami tak rancang pun nak buat rakaman tersebut tapi kemudiannya saja rakam untuk hilangkan bosan di rumah,” katanya kepada wartawan Sinar Harian.

Video berkenaan mendapat 5,800 tanda suka dan 6,800 perkongsian.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!