51 individu ditahan di Kuala Selangor ingkar PKP

Polis memuat naik status berhubung tangkapan itu di Facebook Polis Kuala Selangor malam tadi.
Polis memuat naik status berhubung tangkapan itu di Facebook Polis Kuala Selangor malam tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis menahan seramai 51 individu atas pelbagai kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam 'Ops Bersepadu Khas Op Covid-19', semalam.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Polis Kuala Selangor, operasi diketuai Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa itu dijalankan di sekitar daerah berkenaan.

Kenyataan tersebut memberitahu, mereka yang ditahan dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana ingkar PKP.

Kenyataan itu menegaskan, orang ramai diminta mematuhi arahan PKP dalam usaha mencegah wabak koronavirus (Covid-19) yang akan memasuki fasa ketiga esok.

"Bagi individu yang ingkar arahan PKP perlu berdepan tindakan lebih tegas daripada pihak polis," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!