Etika edar minuman kepada petugas perubatan

Wakil Etika mengedarkan minuman kepada petugas di Hospital Serdang, Hospital Ampang dan Hospital Putrajaya baru-baru ini.
Wakil Etika mengedarkan minuman kepada petugas di Hospital Serdang, Hospital Ampang dan Hospital Putrajaya baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Etika Sdn Bhd (Etika) mengagihkan sebanyak 500 karton minuman kepada hospital kerajaan dan pusat perubatan untuk menghargai petugas-petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi penularan koronavirus (Covid-19).

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T Sundaram berkata, ia merupakan usaha berterusan untuk memastikan rakyat Malaysia terus positif di saat yang sangat mencabar ini.

Menurutnya, pihaknya sudah mengedarkan minuman ke beberapa hospital termasuk Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Hospital Ampang, Hospital Putrajaya dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Walaupun kita perlu mematuhi peraturan dan berada di rumah, janganlah kita lupa untuk meluahkan rasa terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan.

“Mereka meninggalkan keluarga dan keluar setiap hari untuk melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu menyelamatkan kehidupan serta menjaga keselamatan kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, sumbangan itu memberikan manfaat kepada lebih 10,000 petugas perubatan dan sebagai tambahan, Etika akan melancarkan beberapa inisiatif untuk memastikan rakyat Malaysia duduk di rumah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!