Kadar pengangguran bagi bulan Februari meningkat 3.3 peratus

Data yang disiarkan di laman Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia.
Data yang disiarkan di laman Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kadar penyertaan tenaga buruh turun kepada 68.7 peratus dan kadar pengangguran meningkat kepada 3.3 peratus bagi bulan Februari tahun ini.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan tenaga buruh naik 2.1 peratus pada Februari 2020 berbanding Februari 2019.

Katanya, pada Februari 2020 bilangan tenaga buruh mencatatkan seramai 15.87 juta sementara Januari 2020 ialah 15.83 juta dan Februari 2019 seramai 15.54 juta.

"Jumlah rakyat Malaysia yang bekerja pada Februari ialah 15.34 juta, Januari 2020 (15.32 juta) dan Februari 2019 (15.03 juta)," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya di sini hari ini.

Menurut data itu, kadar penyertaan tenaga buruh menunjukkan bulan Februari 2020 ialah sebanyak 68.7 peratus, Januari 2020 (68.9 peratus) dan Februari 2019 (68.5 peratus).

"Kadar pengangguran yang dicatatkan pada bulan Februari 2020 ialah 3.3 peratus, Januari 2020 (3.2 peratus) dan Februari 2019 (3.3 peratus)," katanya.

Sebanyak 31.3 peratus daripada penduduk pada umur bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun terdiri daripada suri rumah, pelajar, pesara dan mereka yang tidak berminat untuk bekerja.

"Angka tersebut mencatatkan sebanyak 7.22 juta orang pada Februari 2020, Januari 2020 (7.13 juta) dan Februari 2019 (7.15 juta)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Malaysia mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac yang lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!