Hadiahkan reban ayam di hari lahir isteri tercinta

Reban untuk isteri sebagai hadiah hari jadi.
Reban untuk isteri sebagai hadiah hari jadi.
A
A
A

RAUB - Kisah seorang suami menghadiahkan sebuah reban ayam sempena ulang tahun kelahiran isterinya kerana tidak boleh ke mana-mana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular di laman sosial.

Mohd Nazri Ismail, 40-an, berkata, pada tahun ini dia mahu memberi kelainan dan turut membuat kek sendiri sempena hari lahir isterinya, Rashidah A Rahman.

Bercerita lanjut, kata Mohd Nazri, dia tinggal di Felda Sungai Koyan Dua, Raub Pahang, kedudukan rumahnya agak jauh dari bandar.

"Nak beli hadiah lain memang tak boleh kerana PKP. Kami duduk kampung jauh nak pergi ke bandar. Lagi pun tak boleh keluar.

"Jadi saya cadang buat reban ayam baru untuk isteri. Lagipun dia suka bela binatang macam ayam, puyuh dan itik. Maka tahun ini, hadiah hari lahir lebih unik dari tahun sebelumnya," katanya kepada Sinar Harian.

Zulkifli juga ulang kongsi status Mohd Nazri hingga tarik perhatian ramai.
Zulkifli juga ulang kongsi status Mohd Nazri hingga tarik perhatian ramai.

Terdahulu, kisah pasangan ini yang tular di media sosial menarik perhatian ramai termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli menyifatkan kesungguhan menzahirkan kasih itulah hadiah yang paling berharga dan mendoakan pasangan ini berbahagia hingga ke syurga.

Artikel Berkaitan:

Bercerita kepada Sinar Harian, Mohd Nazri yang bertugas di kapal dagang berpangkalan di Dubai berkata, dia tidak kekok untuk memasak kerana ketika berada di atas kapal, sudah biasa berbuat sedemikian.

Mohd Nazri membuat sendiri kek hari jadi buat isterinya.
Mohd Nazri membuat sendiri kek hari jadi buat isterinya.

"Saya tak pandai sangat masak tapi saya minat. Saya kerja di kapal, jadi kekadang di atas kapal masak sendiri, dari situ saya belajar.

"Lagipun ketika ini isteri mengalami keguguran dan pastinya di saat getir ini saya perlu menggalas tugas memasak untuk isteri termasuk dua orang anak," ujarnya.

Selain memasak, sepanjang aktiviti PKP, Mohd Nazri juga akan berkebun dan membawa bapa mentua ke klinik kesihatan untuk menjalani rawatan dialisis.

Menurut Mohd Nazri, dia sepatutnya berada di Cairo atas tuntutan kerja bagaimanapun pada hematnya keluarga lebih penting semasa PKP dan rezeki boleh dicari.

Mohd Nazri bersama dua anak kesayangannya.
Mohd Nazri bersama dua anak kesayangannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!