Lelaki ditemui mati disahkan positif Covid-19

Dr Noor Hisham bercakap ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham bercakap ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang lelaki tanpa identiti diri yang ditemui mati di Kota Kinabalu Sabah disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki dipercayai warga asing itu ditemui mati pada 6 April.

"Keputusan ujian sampel Covid-19 yang diambil pada 11 April semasa bedah siasat didapati dia dijangkiti wabak berkenaan.

"Kes ini di bawah siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Selain itu, empat lagi kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 82 kes.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!