Covid-19: Banyak habis masa di luar rumah faktor ramai lelaki maut

Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto: Bernama
Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menghabiskan banyak masa di luar rumah merupakan salah satu faktor penyumbang lebih ramai lelaki maut akibat koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana lelaki banyak melakukan aktiviti seperti menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

"Kematian melibatkan lelaki di seluruh negara adalah sebanyak 75 peratus," katanya.

Menurutnya, peserta menghadiri perhimpunan di Sri Petaling juga rata-rata dihadiri lelaki.

"Sebanyak 50 peratus daripada 82 kematian melibatkan lelaki berumur 50 tahun ke atas yang mempunyai risiko imuniti badan yang rendah manakala 85 peratus daripadanya mempunyai penyakit kronik lain seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai faktor penyumbang kematian melibatkan lelaki.

Ia selari dengan kenyataan Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru, Sunway Medical Centre Velocity di Kuala Lumpur, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa yang dilapor berkata, kaum lelaki itu banyak menghabiskan masa di luar rumah lebih berisiko mati akibat Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!