Video jalan sesak: Mungkin ada kaitan dengan keingkaran PKP

Sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak polis di lokasi berkenaan.
Sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak polis di lokasi berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM – Kesesakan di hadapan Plaza IOI, Puchong ada kaitan dengan keingkaran orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis tidak akan berkompromi dengan individu yang ingkar PKP termasuk tindakan keluar rumah tanpa alasan munasabah.

“Kenapa boleh berlakunya kesesakan teruk di situ, kita percaya ini disebabkan tindakan segelintir pihak yang mengingkari arahan PKP,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai video berdurasi 0.42 saat yang tular memaparkan kesesakan luar biasa dari Plaza Tol Puchong ke IOI Mall kerana SJR.

Tegasnya, mereka yang ingkar arahan PKP dan ditahan ketika melalui SJR berkenaan akan dikompaun sebanyak RM1,000.

“Kita (Polis Selangor) juga sedang mendapatkan maklum balas daripada beberapa lokasi lain di seluruh Selangor yang mencatatkan jumlah kenderaan yang begitu tinggi di atas jalan raya hari ini,” katanya.

Kesesakan luar biasa dari Plaza Tol Puchong menuju ke IOI Mall hari ini.
Kesesakan luar biasa dari Plaza Tol Puchong menuju ke IOI Mall hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!