Itali mula buka beberapa kedai
ROME - Itali mula membuka beberapa kedai termasuk kedai buku dan alat tulis dalam percubaan untuk memantau amalan penjarakan sosial dapat dipatuhi selepas perintah 'lockdown' tamat.
Menurut Daily Mail, negara tersebut melanjutkan 'lockdown' sehingga 3 Mei namun kedai buku, kedai alat tulis dan kedai menjual pakaian kanak-kanak dibenarkan beroperasi bermula hari ini.
Sekatan yang agak longgar juga dibenarkan terhadap beberapa industri termasuk industri kayu dan perhutanan.
Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte juga menginginkan permulaan ekonomi yang lebih baik secepat mungkin tetapi kerajaan Itali mungkin masih belum bersedia untuk perkara tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!