"Makcik tiba-tiba nak berwuduk, nak solat...": Ebit
SHAH ALAM- Perkongsian pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang membersihkan rumah seorang warga emas menarik perhatian peminatnya di Facebook.
Ebit yang memuat naik beberapa gambar dan status menceritakan kehidupan warga emas berkenaan yang kurang ingatan serta keadaan rumah tidak terurus.
Ebit turut memuat naik status, "Ya Allah syukur. Sebak selesai tugas dalam masa beberapa jam. Bergegas ganti tangki air dan paip baharu. Supaya air laju dan bersih. Bersihkan rumah sampai wangi. Belikan peti ais baru. Katil baharu tilam cadar baharu semua. Meja dan kerusi baharu. Rice cooker dan cerek baharu. Senyum menangis makcik ini tengok semua baru-baru.
Kak Ros Rela mandikan makcik ini. Potong kuku dan wangikan. Guntingkan rambut. Cantik sangat dah. Senyum lebar makcik ini. Makcik tiba-tiba nak berwuduk nak solat. Terkejut dengar."
Menurut, warga emas itu turut menjemputnya beraya bersama dan mahu menyimpan selipar serta baju yang dihadiahkan untuk dipakai pada hari raya.
Pendakwah itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua jiran yang membantu mengemas rumah dan memandikan warga emas itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!