Covid-19: Perlumbaan Tour de France turut ditunda


Tour de France menjadi satu lagi acara sukan yang terpaksa ditunda akibat wabak Covid-19. (Gambar hiasan - Foto 123RF)
Tour de France menjadi satu lagi acara sukan yang terpaksa ditunda akibat wabak Covid-19. (Gambar hiasan - Foto 123RF)
A
A
A

PARIS - Tour de France bakal menjadi satu lagi acara sukan utama yang terkesan akibat wabak Covid-19 apabila pihak penganjur akan berbincang mengenai tarikh baharu untuk kejohanan berbasikal berprestij dunia itu pada Rabu, lapor Xinhua agensi berita.

Keputusan itu susulan Presiden Emmanuel Macron pada Isnin mengumumkan melanjutkan tempoh lockdown di Perancis sekurang-kurangnya sehingga 11 Mei.

Media tempatan L'Equipe melaporkan perlumbaan yang awalnya dijadual bermula di Nice pada 27 Jun dan berakhir di Paris 19 Julai, mungkin akan ditunda ke 29 Ogos hingga 20 September.

Menteri Sukan Perancis, Roxana Maracineanu berkata, pada Mac lalu, perlumbaan kemungkinan akan diadakan tanpa kehadiran penonton, tetapi ditolak pihak penganjur.

Tahun lalu perlumbaan sejauh lebih 3,000 kilometer itu menarik lebih 10 juta peminat.

Kali terakhir perlumbaan itu tidak diadakan ialah pada 1946. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!