Buruh ladang menangis dijel 13 tahun

Tertuduh (tengah) dikawal polis keluar dari mahkamah untuk dibawa ke lokap selepas hukuman dikenakan.
Tertuduh (tengah) dikawal polis keluar dari mahkamah untuk dibawa ke lokap selepas hukuman dikenakan.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang buruh ladang menangis selepas dijatuhi hukuman penjara 13 tahun di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini kerana menyebabkan kematian jiran yang dipukul dengan menggunakan kayu hingga mangsa terjatuh ke dalam gaung, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Hafizu Md Hanafi, 37, mengaku salah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tertuduh ditahan pada 13 November 2016.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Rojali Muslim, 30, di tepi Jalan Aring 8-Kuala Berang di Gua Musang pada jam 4 pagi, pada 11 November 2016.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!