Muar kini zon merah Covid-19

Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah.
Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu lagi daerah iaitu Muar di Johor dikategorikan sebagai zon merah koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah keseluruhan 27 kawasan setakat jam 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah Muar merekodkan 44 kes positif Covid-19.

Sementara itu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif Covid-19 iaitu sebanyak 572 kes manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor, masing-masing merekodkan 433 dan 359 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 1,299 kes.

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain seluruh Malaysia:

Perak

Hilir Perak 65

Artikel Berkaitan:

Kinta 93

Selangor

Sepang 67

Petaling 359

Hulu Langat 433

Gombak 141

Klang 167

Hulu Selangor 49

Kuala Lumpur

Cheras 74

Kepong 131

Lembah Pantai 572

Titiwangsa 122

Putrajaya 54

Negeri Sembilan

Seremban 261

Rembau 53

Melaka

Jasin 68

Melaka Tengah 51

Pahang

Kuantan 91

Jerantut 70

Johor

Batu Pahat 51

Kluang 201

Johor Bharu 184

Muar 44

Kelantan

Kota Bharu 90

Sarawak

Kuching 240

Kota Samarahan 51

Sabah

Tawau 79

Jumlah 3,861 - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!