Hospital sementara rawat pesakit Covid-19 di Wuhan henti operasi

Hospital Wuhan Leishenshan menghentikan operasinya bermula Rabu. - Foto AFP
Hospital Wuhan Leishenshan menghentikan operasinya bermula Rabu. - Foto AFP
A
A
A

WUHAN - Sebuah hospital sementara di Wuhan di wilayah Hubei, China menghentikan operasinya bermula Rabu selepas wabak Covid-19 semakin berkurangan, lapor agensi berita Xinhua.

Hospital Wuhan Leishenshan dibina hanya dalam masa 10 hari untuk kegunaan merawat pesakit Covid-19. Kumpulan pesakit yang terakhir dipindahkan ke hospital biasa pada Selasa.

"Penutupan operasi hospital itu satu perkembangan penting selepas berbulan-bulan berjuang memerangi wabak maut itu," kata Jiao Yahui, seorang pegawai Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Pada majlis penutup, doktor dan jururawat mengibarkan bendera dan menuliskan nama mereka di pakaian rakan-rakan seperjuangan sebagai tanda kenangan.

Pihak berkuasa berkata buat masa ini Hospital Leishenshan tidak akan dirobohkan.

"Kami berharap pihak hospital langsung tidak akan beroperasi lagi," kata seorang pegawai daerah sambil diiringi tepukan gemuruh orang ramai. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!