PIS jahit 1,200 PPE untuk frontliner

Normala (dua dari kiri) memeriksa peralatan perlindungan diri (PPE) yang dijahit pelajar dan staf PIS untuk kegunaan frontliner di PIS di sini hari ini.
Normala (dua dari kiri) memeriksa peralatan perlindungan diri (PPE) yang dijahit pelajar dan staf PIS untuk kegunaan frontliner di PIS di sini hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Prihatin dengan keselamatan petugas kesihatan yang berdepan kekurangan bekalan peralatan perlindungan diri (PPE), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di sini mengambil inisiatif membekalkan baju makmal, topeng muka, sarung kaki dan tangan pakai buang.

Timbalan Pengarah Akademik PIS, Normala Abdullah berkata, pihaknya bakal menyiapkan 1,200 set lengkap PPE untuk kegunaan petugas kesihatan di hospital seluruh Johor untuk menangani Covid-19.

"Pihak kita memulakan program ini sejak 8 April lalu dan sehingga kini kita telah menyiapkan lebih 735 set lengkap PPE untuk kegunaan Hospital Kota Tinggi dan 136 set untuk petugas di Klinik Kesihatan Mahmoodiah.

"Selebihnya kita akan siapkan dalam masa terdekat untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan juga kita akan serahkan kepada pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," katanya ketika ditemui di PIS di sini hari ini.

Normala berkata, pihak PIS berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuklah Puspanita Cawangan Kecil PIS dalam menyiapkan PPE kepada petugas frontliner yang bertungkus-lumus menangani wabak Covid-19.

Jelasnya, seramai 49 staf PIS terdiri daripada pensyarah, staf serta pelajar terlibat dalam menyiapkan PPE berkenaan.

Sementara itu, pelajar Diploma Reka Bentuk Fesyen dan Pakaian, Akmal Mirza Rizal, 19, berkata, dia berasa bertuah kerana dapat bersama-sama menyumbang tenaga dalam menyiapkan PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

"Saya berasal dari Sepang, Selangor dan merupakan pelajar PIS. Saya tidak balik ke Sepang pada masa itu saya fikir hendak siapkan tugasan akademik semasa kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

"Jadi saya mengambil keputusan untuk terus berada di Pasir Gudang sebelum saya dan beberapa rakan yang lain menyertai program menyiapkan PPE ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!