JKM kesan waris lima beradik

JKM Alor Gajah mengesan waris lima beradik yang ditinggalkan di sebuah pusat jagaan sejak September tahun lalu.
JKM Alor Gajah mengesan waris lima beradik yang ditinggalkan di sebuah pusat jagaan sejak September tahun lalu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Jabatan Kebajikan Masyatakat (JKM) Alor Gajah meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada lima orang kanak-kanak.

Kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun dan berbangsa India itu ditinggalkan oleh ibu kandung mereka di Pusat Jagaan Kasih Sayang Angel sejak September tahun lalu dan sehingga sekarang masih menghilangkan diri.

Pegawainya, Ansharey Matasarsad berkata, wanita berkenaan dipercayai meninggalkan anak-anak sementara di pusat jagaan tersebut dengan alasan mahu mencari saudara-mara di Johor Baharu namun sehingga sekarang tidak menuntut kelima-lima orang anaknya.

"Ibu kanak-kanak ini hanya memberitahu akan kembali secepat mungkin untuk mengambil semula anak mereka selepas kembali dari Johor Bharu, bagaimanapun sehingga kini tiada khabar dari ibunya.

"Dalam masa yang sama bapa kanak-kanak itu ada menghubungi anak-anaknya namun ia tidak sesuai diletakkan di bawah jagaan bapa kerana dikuatiri gangguan seksual akan berulang lagi membuatkan mereka tertekan," katanya.

Tambahnya, Mahkamah Majistret Alor Gajah telah memerintahkan kanak-kanak terbabit berada di bawah jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (pindaan 2016) yang dibicarakan pada 14 Januari lalu.

"Buat masa ini, perintah jagaan berada di bawah pengusaha Pusat Jagaan Kasih Sayang Angel dan masih menanti kehadiran ibunya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung kanak-kanak itu boleh menghubungi Pegawai JKM Alor Gajah atau pelindung kanak-kanak ditalian 06-5561267," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!