Jururawat tunjuk cara sebenar guna sarung tangan

Kiriman video daripada Facebook Occupy Democrats
Kiriman video daripada Facebook Occupy Democrats
A
A
A
Rupanya rupanya pemakaian sarung tangan mesti dipraktikkan dengan cara betul.

Satu rakaman video hantaran di Facebook atas nama akaun Occupy Democrats yang memaparkan seorang jururawat menunjukkan cara menggunakan sarung tangan dengan betul telah tular di media sosial dan mendapat perhatian pengguna media sosial itu.

Video berdurasi tiga minit satu saat tersebut dipercayai dirakam di luar negara tetapi setakat ini mendapat 297,000 tanda suka dan 30,000 komen netizen.

Menerusi video berkenaan, jururawat wanita itu menyatakan, memakai sarung tangan adalah bagus namun pemakai diingatkan supaya berhati-hati, sekali gus dia menunjukkan bagaimana virus boleh tersebar melalui sentuhan walaupun memakai sarung tangan.

“Saya pakai sarung tangan, saya pergi ke pasar. Kemudian saya pegang sesuatu di pasar yang mempunyai virus dan ia melekat pada sarung tangan saya.

“Saya menggosok hidung, memegang kereta dan memegang telefon saya menggunakan sarung tangan yang dipenuhi virus. Akhirnya virus melekat pada saya,” katanya.

Lebih menarik apabila dia menunjukkan contoh penyebaran virus melalui sarung tangan berkenaan dengan menggunakan cecair berwarna, yang membuatkan orang ramai lebih faham mengenai keadaan tersebut.

“Tiada gunanya menggunakan sarung tangan tetapi anda masih malas mencuci tangan anda setiap kali selepas memegang sesuatu,” menurutnya seperti dalam rakaman video itu.

Link Facebook: https://www.facebook.com/watch/?v=513385062678434
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!