120 doktor maut akibat Covid-19 di Itali

Seorang pekerja perubatan memeriksa keadaan seorang pesakit yang dijangkiti Covid-19 di Hospital Casal Palocco berhampiran Rom di Itali.
Seorang pekerja perubatan memeriksa keadaan seorang pesakit yang dijangkiti Covid-19 di Hospital Casal Palocco berhampiran Rom di Itali.
A
A
A

ROM- Angka kematian akibat Covid-19 dalam kalangan doktor di Itali meningkat kepada 120 orang, apabila empat lagi meninggal dunia pada Rabu, lapor agensi berita Itali ANSA.

Persekutuan doktor kebangsaan FNOMCEO mengatakan korban terbaharu adalah Patrizia Longo dan Elisabetta Mangiarii kedua-duanya (doktor keluarga), Enrico Boggio (doktor gigi) dan Eugenio Malachia Brianza (doktor SERD).

Jumlah itu termasuk doktor yang telah bersara, kembali bertugas di barisan hadapan untuk bersama-sama berjuang melawan virus Covid-19.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!