Perubahan iklim ancam AS
Camp Fire di California baru-baru ini juga telah mengakibatkan kemusnahan yang besar.
A
A
A
"Dengan peningkatan berterusan pada kadar pelepasan tersebut, kos kerugian yang terpaksa ditanggung beberapa sektor ekonomi dijangka mencecah ratusan bilion dolar pada akhir abad ini iaitu lebih tinggi daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di kebanyakan negeri di AS.
"Tanpa usaha mitigasi global dan usaha penyesuaian serantau yang besar serta mapan, perubahan iklim juga dijangka mengakibatkan kerugian besar terhadap infrastruktur dan hartanah di negara itu, sekali gus menghalang pertumbuhan ekonomi pada abad ini," menurut laporan edisi Penilaian Iklim Kebangsaan, semalam.
Difahamkan, ia akan memberi kesan kepada perdagangan global, harga import dan eksport serta urus niaga dengan operasi dan rantaian bekalan di luar negara.
Jelas laporan setebal lebih 1,000 muka surat yang disusun lebih 300 saintis itu, sebahagian impak terbabit telah dirasai di AS dan ia adalah berpunca daripada aktiviti manusia.
"Sebahagian kesan fizikal dan ekologi tidak dapat dipulihkan selama beribu tahun dan ada yang kekal. Paras air laut terus meningkat dan cuaca buruk seperti hujan lebat dan banjir berterusan melanda seluruh dunia yang jelas memberi impak kepada sektor ekonomi," jelas laporan itu lagi.
Ia bagaimanapun tidak menyatakan cadangan khusus yang perlu diambil untuk mengatasi masalah itu.
Sebelum ini, Presiden Donald Trump telah menolak laporan iklim pada tahun lalu malah jutawan hartanah itu dilaporkan keliru dengan perbezaan cuaca dan iklim.
Beliau juga mencetuskan kontroversi apabila menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris 2015 yang ditandatangani lebih 190 negara untuk mengurangkan pelepasan karbon. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!