PDRM bidas peguam pertikai penguatkuasaan PKP

Huzir
Huzir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membidas tindakan segelintir peguam yang mempersoalkan tindakan polis dalam melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, terdapat segelintir peguam dan badan guaman yang menganggap tindakan tangkapan oleh polis terhadap individu ingkar PKP sebagai berlebihan.

“Mereka mungkin menganggap kesalahan yang dilakukan oleh individu yang mengingkari arahan PKP ini sebagai kesalahan kecil tapi kalau tak diambil secara serius ia akan mendatangkan kesan buruk.

“Kesannya, wabak ini akan mula menular dan merebak sehingga pandemik ini menjadi susah hendak dikawal dan akhirnya mendatangkan bahaya kepada masyarakat,” katanya.

Huzir berkata, pada masa ini seluruh dunia berusaha mengekang penularan wabak Covid-19 dan Malaysia tidak boleh mengambil mudah perkara itu.

"Setiap tindakan tangkapan oleh polis terhadap pesalah individu dilakukan selepas mereka dipastikan benar-benar bersalah melanggar arahan PKP,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!