119 mesin automatik beras di masjid

Sebanyak 119 mesin automatik beras ditempatkan di masjid di bandar Tangerang. -Foto Detik
Sebanyak 119 mesin automatik beras ditempatkan di masjid di bandar Tangerang. -Foto Detik
A
A
A

JAKARTA - Sebanyak 119 masjid di bandar Tangerang di sini diletakkan kemudahan mesin automatik beras bagi membantu penduduk mendapatkan bekalan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi Detik News, program bantuan itu mendapat kerjasama pihak berkaitan bandar Tangerang dengan Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) Tangerang.

Peruntukan dari Baznas bernilai Rp750 juta (RM209,100) bagi menyalurkan bantuan beras yang akan diagihkan kepada masyarakat yang terjejas akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Namun bantuan ini dikhususkan kepada golongan kurang mampu termasuk pekerja gaji harian yang mengalami masalah kewangan.

Pembahagian beras ini dibantu oleh petugas masjid dengan mengikut peraturan yang disarankan oleh kerajaan salah satunya penjarakan sosial.

Difahamkan, buat masa ini sebuah keluarga akan mendapat lima kilogram beras dan ia akan dihantar ke rumah terutama bagi yang duduk jauh untuk elak orang ramai berkumpul.

Selain beras, pihak berkaitan Tangerang juga telah menyalurkan bantuan keperluan harian kepada penduduk miskin serta pemberian makanan untuk pekerja informal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!